Saturday, 16 July 2016

[ Malas ]

Semua orang ada malas
Ada malas sikit
Ada malas banyak

Tapi
Takkan nak jadi hamba malas?
Jom sambung kerja

Saturday, 7 May 2016

Aku: Guru (Abad 21) dan Pelajar

Selalu cakap "aku seorang guru biasa" , "semua bermula dengan guru biasa".
Sebenarnya guru bukan orang biasa2. Cikgu orang luar biasa. Mana ada ibu bapa yg beranak ramai sampai 30-40 orang? Mana ada ibu bapa yang boleh jaga anak seramai tu dalam 1 masa. Baby sitter pun rasanya tak de yang jaga lebih daripada 10 orang dalam 1 masa. Pengsan!

Tapi cikgu, ye. Kami jaga seramai itu, bahkan ada yang lebih daripada 40 orang.
Ini kisah saya. Mungkin tak sama dengan cikgu lain, mungkin ada yang sama. Ye la, akarnya, kami guru Malaysia. Hafal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang sama kan.

Hari ni dan semalam kerja saya kutip buku pelajar, semak, bagi komen. Cikgu semak dengan kasih sayang ok. Mana yang terkoyak cikgu salotape. Mana yang tampal comot2 terlebih buku, cikgu tolong gunting. Mana yang gam tak lekat, cikgu tolong gam. Masyaallah, terasa melayan anak sekolah rendah sangat! Realitinya, kelakuan pelajar kena tolak beberapa tahun daripada umur sebenarnya. Ini bukan kajian orang2 hebat aka pensyarah dll. Ini pemerhatian rambang sepanjang 9 tahun jadi guru. Contohnya, pelajar ni umur 15 tahun. Don't expect them to be as 15 years old. Mentaliti ramai masih seperti sekolah rendah. Kena diketuk baru bergerak. Dah cakap 2-3 kali tapi tak sampai 5 minit, ada yang bertanya lagi. Banyak lagi contoh. Biarlah.

Hari ni juga aku bagi sorang sehelai kertas A4. Tulis untuk lepaskan geram. Tak pernah buat lagi dengan kelas 'nakal' ni. Semua pelik, kenapa cikgu nak busy body sangat. Aku kata "cikgu nak tolong kamu. Mungkin bila dah luahkan atas kertas, sakit hati, stress, geram boleh kurang sikit." Oooooooo. Panjang respon pelajar.
"Tulis apa2 aje?"
"Ye, apa2 aje yang tak puas hati."
Dah siap. Ada yang tanya, nanti cikgu boleh buat lagi? OK. Boleh aje.
Aku relate degan bab Pertumbuhan yang kami belajar hari ni. Peringkat remaja peringkat paling 'rapuh'. Mudah jatuh cinta, mudah sayang, mudah benci, memberontak, peraturan semua tak betul. Ramai yang buat macam2 supaya orang sekeliling ambil peduli pasal dia sampai kadang2 dia tak faham apa yang dia buat to nampai 'annoying' sangat. Moga ada yang ambil peduli.

Thursday, 20 August 2015

Mati Itu Pasti : Lymphoma Cancer

Assalamualaikum,

salam sejahtera seluruhnya.

Tanggal 17 Ogos 2015, 11.50 pagi,  mak tercinta telah pulang ke rahmatullah menghadapnya. Hampir setahun mak menanggung sakit selepas disahkan kanser limfoma. Ye, jarang kedengaran, tapi ada. Kanser berkaitan darah, stage 3.

Isnin 10/8/2015 mak masuk hospital sebab muntah2. Bila ke Hosp Parit Buntar, mak terus warded, pastu dihantar ke Hosp.Taiping. Seminggu mak kat sana. Condition bukan makin elok malah makin teruk. Ada sekali tu mak tak sedar diri, hydrated sebab mak tak mau makan minum. Tak lalu mak kata sebelum ni. Doktor pasang tiub. 2 hari mak guna tiub untuk susu. Tengok mak pun dah lain macam. Sabtu aku minta nak bawa mak balik rumah tapi tu dah nak malam. Doktor suruh discharge esok je sebab perlukan ambulance.

Ahad pagi, aku bisik kat mak cakap nak bawa mak balik rumah, mak terus respon. Betapa tak sukanya mak kat hospital. Dalam 12 tengah hari mak sampai rumah dengan ambulans. Sejak balik hospital macam2 mak pesan, itu ini. Mak pun tak mau terlepas pandang abah. Asal tak nampak je mak tanya, ''abah mana?''

Malam, aku nampak mak makin ok. Boleh sembang, senyum tengok gelagat Hakim. Aku minta balik. Esok abang cuti aku balik kampung semula. Rupa2nya tu la last tengok mak senyum. 

Tengah hari 17/8/2015, Isnin, abah telefon yang mak dah tak ada. Rasa......macam.....mimpi.....

Dah 5 hari mak pergi, tapi rasa mak masih ada je kat kampung. Even aku  kuat tersasul panggil mak. Terlupa mak dah tak ada.

Al-Fatihah.