Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Mati Itu Pasti : Lymphoma Cancer

Assalamualaikum, salam sejahtera seluruhnya. Tanggal 17 Ogos 2015, 11.50 pagi,  mak tercinta telah pulang ke rahmatullah menghadapnya. Hampir setahun mak menanggung sakit selepas disahkan kanser limfoma. Ye, jarang kedengaran, tapi ada. Kanser berkaitan darah, stage 3. Isnin 10/8/2015 mak masuk hospital sebab muntah2. Bila ke Hosp Parit Buntar, mak terus warded, pastu dihantar ke Hosp.Taiping. Seminggu mak kat sana. Condition bukan makin elok malah makin teruk. Ada sekali tu mak tak sedar diri, hydrated sebab mak tak mau makan minum. Tak lalu mak kata sebelum ni. Doktor pasang tiub. 2 hari mak guna tiub untuk susu. Tengok mak pun dah lain macam. Sabtu aku minta nak bawa mak balik rumah tapi tu dah nak malam. Doktor suruh discharge esok je sebab perlukan ambulance. Ahad pagi, aku bisik kat mak cakap nak bawa mak balik rumah, mak terus respon. Betapa tak sukanya mak kat hospital. Dalam 12 tengah hari mak sampai rumah dengan ambulans. Sejak balik hospital macam2 mak pesan,