Skip to main content

Mati Itu Pasti : Lymphoma Cancer

Assalamualaikum,

salam sejahtera seluruhnya.

Tanggal 17 Ogos 2015, 11.50 pagi,  mak tercinta telah pulang ke rahmatullah menghadapnya. Hampir setahun mak menanggung sakit selepas disahkan kanser limfoma. Ye, jarang kedengaran, tapi ada. Kanser berkaitan darah, stage 3.

Isnin 10/8/2015 mak masuk hospital sebab muntah2. Bila ke Hosp Parit Buntar, mak terus warded, pastu dihantar ke Hosp.Taiping. Seminggu mak kat sana. Condition bukan makin elok malah makin teruk. Ada sekali tu mak tak sedar diri, hydrated sebab mak tak mau makan minum. Tak lalu mak kata sebelum ni. Doktor pasang tiub. 2 hari mak guna tiub untuk susu. Tengok mak pun dah lain macam. Sabtu aku minta nak bawa mak balik rumah tapi tu dah nak malam. Doktor suruh discharge esok je sebab perlukan ambulance.

Ahad pagi, aku bisik kat mak cakap nak bawa mak balik rumah, mak terus respon. Betapa tak sukanya mak kat hospital. Dalam 12 tengah hari mak sampai rumah dengan ambulans. Sejak balik hospital macam2 mak pesan, itu ini. Mak pun tak mau terlepas pandang abah. Asal tak nampak je mak tanya, ''abah mana?''

Malam, aku nampak mak makin ok. Boleh sembang, senyum tengok gelagat Hakim. Aku minta balik. Esok abang cuti aku balik kampung semula. Rupa2nya tu la last tengok mak senyum. 

Tengah hari 17/8/2015, Isnin, abah telefon yang mak dah tak ada. Rasa......macam.....mimpi.....

Dah 5 hari mak pergi, tapi rasa mak masih ada je kat kampung. Even aku  kuat tersasul panggil mak. Terlupa mak dah tak ada.

Al-Fatihah.





Comments

Popular posts from this blog

Anak

Alhamdulillah, dah ada 2 cahaya mata. Sepatutnya 3, tapi Allah bagi pinjam hampir 3 bulan je dalam kandungan. Putera ke-2 dah umur 2 bulan lebih. Aduh, banyak betul karenahnya. Asyik nak kena peluk dengan mama je. Sejak dalam kandungan ada macam2 story. Mama kena warded sebab dehydration masa awal mengandung, morning sickness yang kuat, letih selalu. Aduh, macam2. Dekat2 due adikasyik main pintu. kejap nak keluar, kejap diam. Nasib baik mama tak p serah diri awal macam abang dulu. OK. sambung next time untuk kes kelahiran luar biasa kamu. 1 dalam 300 orang, adik! adik sangat kuat. Panjang umurmu adik.

Hari pertama.....

...selepas cuti bersalin 3 bulan like....eh, posting sekolah baru ke? 360° berubah. Fizikal sekolah pun banyak berubah. Sepanjang jalan anak murid tegoq,Hi, cikgu.
Lama tak jumpa cikgu.
Rindu cikgu.
Cikgu Hafizah dah balik.
Cikgu sihat?
Baby sihat?
Baby dah boleh buat apa?
Cikgu dah kurus (kembang cikgu dengor).Prihatin murid2 cikgu kan.