Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Aku: Guru (Abad 21) dan Pelajar

Selalu cakap "aku seorang guru biasa" , "semua bermula dengan guru biasa".
Sebenarnya guru bukan orang biasa2. Cikgu orang luar biasa. Mana ada ibu bapa yg beranak ramai sampai 30-40 orang? Mana ada ibu bapa yang boleh jaga anak seramai tu dalam 1 masa. Baby sitter pun rasanya tak de yang jaga lebih daripada 10 orang dalam 1 masa. Pengsan! Tapi cikgu, ye. Kami jaga seramai itu, bahkan ada yang lebih daripada 40 orang.
Ini kisah saya. Mungkin tak sama dengan cikgu lain, mungkin ada yang sama. Ye la, akarnya, kami guru Malaysia. Hafal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang sama kan. Hari ni dan semalam kerja saya kutip buku pelajar, semak, bagi komen. Cikgu semak dengan kasih sayang ok. Mana yang terkoyak cikgu salotape. Mana yang tampal comot2 terlebih buku, cikgu tolong gunting. Mana yang gam tak lekat, cikgu tolong gam. Masyaallah, terasa melayan anak sekolah rendah sangat! Realitinya, kelakuan pelajar kena tolak beberapa tahun daripada umur sebenarnya. Ini bukan ka…